Drama Isteri Vs Tunang [2016] Astro
Drama Adaptasi Novel Isteri vs Tunang karya Aesya Azahar akan menemui penonton pada 1 Februari 2016 di saluran Astro Ria dan Ria HD. Drama ini merupakan terbitan Cube Film Sdn Bhd dan diarahkan oleh pengarah terkenal Michael Ang. Pelakon utama dalam drama ini adalah gandingan mantap Scha Al-Yahya dan Hisyam Hamid. Slot ini sebelumnya diisi oleh Drama Sha dan Shah lakonan Shatilla Melvin dan Kamal Adli.
Scha yang sudah lama berehat dalam dunia lakonan kembali semula dalam mejayakan drama ini. Kali terakhir Scha terlibat dengan drama adalah pada tahun 2013 iaitu untuk drama Jodoh. Kembalinya Scha dalam layar Televisyen ini pastinya membuatkan peminatnya seronak kerana rindu dengan Artis pujaannya itu.
Original Sound Track (OST) bagi drama ini adalah lagu Pencuri Hati yang dinyanyikan oleh Penyanyi popular Ayda Jebat. Lagu ini merupakan single kedua Ayda selepas lagu Siapa Diriku. Lagu yang mempunyai genre yang rancak menyerupai lagu dangdut ini sangat sesuai dengan drama ini.
Drama Isteri Vs Tunang Karya Aesya Azahar |
Details
Tajuk: Isteri Vs Tunang
Genre: Drama, Komedi
Tarikh Tayangan: 1 Februari 2016
Hari Tayangan: Isnin - Khamis
Masa Tayangan: 10 Malam
Saluran: Astro Ria dan Ria HD
Episod Penuh: 16 Episod
Pengarah: Michael Ang
Terbitan: Cube Film Sdn Bhd
Pelakon
Hisyam Hamid sebagai Zaim Azfar
Scha Al-Yahya sebagai Alana Sofea
Sharifah Sakinah sebagai Amira Irdina
Lia Natalia sebagai Putri
Fahad Iman sebagai Zain Aryan
Shah Rezza sebagai Dahlan
Scha Al-Yahya sebagai Alana Sofea
Sharifah Sakinah sebagai Amira Irdina
Lia Natalia sebagai Putri
Fahad Iman sebagai Zain Aryan
Shah Rezza sebagai Dahlan
Sinopsis Drama Isteri Vs Tunang
Insiden yang berlaku dengan Zaim, seorang lelaki yang angkuh di mata Alana membangkitkan kemarahan gadis itu lantas tanpa berfikir panjang telah mencabar lelaki itu untuk mengahwininya. Demi ego seorang lelaki, Zaim menyahut cabaran itu.
Apabila fikirannya mula tenang, Alana tersedar yang dia telah mengambil tindakan yang bodoh dan meminta Zaim membatalkan rancangan peminangan. Walau bagaimanapun, dia terkejut apabila kedua ibu bapanya telah menerima pinangan Zaim.
Kehadiran Irfan Fakrul dirasakan tepat pada waktunya. Dengan bantuan lelaki itu, Alana meminta dia menyamar sebagai kekasihnya dan berjumpa dengan orang tua Alana bagi membatalkan pertunangan antara Alana dan Zaim.
Bantahan daripada Encik Dahlan menyebabkan Alana terpaksa akur untuk mengahwini Zaim demi menjaga nama baik dua keluarga.
Setelah berasa puas kerana dapat menyahut cabaran Alana, Zaim kembali menjalinkan hubungan dengan Amira Irdina, bekas tunangnya.
Bagaimanakah kesudahan hubungan Alana dan Zaim? Mampukah bahtera yang didirikan atas dasar ego dan tanpa cinta berkekalan? Atau, berjayakah Amira menyingkirkan Alana dari kehidupan Zaim? Siapakah sebenarnya yang menjadi orang ketiga? Amira? Alana? Antara isteri dan tunang… yang manakah akhirnya menjadi pilihan?
“Ketentuan yang tidak pasti… itulah meresahkan hati.

Post a Comment