Drama Pujaan Hati Umi [2016] Azalea TV3
Drama baru untuk slot Azalea berjudul Pujaan Hati Umi bakal menemui penonton di TV3 mulai April ini, Drama bersiri arahan M Nazir Juhan ini bakal bersiaran selama 20 episod. Drama ini menampilkan pelakon veteran dan baru seperti Wan Maimunah, Wan Nor Azlin, Talha Harith, Faye Kusairi, Zain Hamid dan Syaffiq Sahli.
Details
Tajuk: Pujaan Hati Umi
Genre: Drama, Keluarga
Tarikh Tayangan: 14 April 2016
Hari Tayangan: Selasa-Ahad
Masa Tayangan: 8.30 Malam
Saluran/Slot: Azalea TV3
Episod Penuh: 20 Episod
Pengarah: M Nazir Juhan
Terbitan: SRS Productions Sdn Bhd
Pelakon
Wan Maimunah sebagai Ramlah / Umi
Talha Harith sebagai Reza
Faye Kusairi sebagai Rita
Wan Nor Azlin sebagai Razziah
Zain Hamid sebagai Razman
Syaffiq Sahli sebagai Razzi
Talha Harith sebagai Reza
Faye Kusairi sebagai Rita
Wan Nor Azlin sebagai Razziah
Zain Hamid sebagai Razman
Syaffiq Sahli sebagai Razzi
Sinopsis Drama Pujaan Hati Umi
Mengisahkan Umi (Wan Maimunah) seorang ibu tunggal yang cekal membesarkan anak-anaknya Razziah (Wan Nor Azlin), Razman (Zain Hamid), Razzi (Syafiq Sahli), dan Reza (Talha Harith). Pada usia 60 tahun, Umi telah mencapai kemanisan hidup bersama keluarganya, malah disegani masyarakat kampung. Umi juga menerima anugerah Ikon Wanita Warga Emas. Bagi Umi hidupnya lengkap dengan kehadiran menantunya Osman (Haeryanto Hasan) iaitu suami Raziah dan Safiya (Sasqiah Dahuri) isteri Razzi dan dua orang cucunya Emir (Darren Zariff) dan Ezra (Syasya Afiqah).
Namun siapa menyangka panas yang diharap hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Keluarga Umi diduga lagi. Osman meninggal ditimpa kemalangan membuatkan Razziah kini terpaksa memulakan hidup baharu dan tinggal bersama Umi. Dalam masa yang sama Razman tiada bersama keluarga mereka untuk berkongsi kedukaan. Razman sebelum ini mengambil keputusan meninggalkan keluarga kerana malu kepada Umi apabila dia terpaksa meninggalkan acara pernikahannya di saat akhir.
Umi cuba menyorokkan kesedihan dan berharap emosi keluarganya pulih. Anak bongsu kesayangannya, Reza menyampaikan berita bahawa dia ingin berkahwin dengan Rita (Faye Kusairi). Umi menyambut berita baik itu dan berharap Rita bakal menjadi sinar baharu kepada keluarganya. Namun bagaikan membela seekor ular, Rita punya agendanya tersendiri.

Post a Comment