Drama Rumi dan Jawi [2016] Astro Prima
Drama Terbaru Rumi dan Jawi akan ditayangkan tidak lama lagi, pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6.00 petang di saluran Astro Prima 105 dan Astro Maya HD 135. Drama arahan Erma Fatima ini dibintangi oleh Remy Ishak, Fatiya Latiff, Saharul Ridzwan, Juliana Evan dan ramai lagi . Drama ini menggantikan Drama Uda dan Dara dan akan bersiaran selama 20 episod.
Details
Tajuk: Rumi dan Jawi
Genre: Drama
Tarikh Tayangan: 4 Julai 2016
Hari Tayangan: Isnin - Jumaat
Masa Tayangan: 6.00 Petang
Saluran: Astro Prima dan Astro Maya HD
Episod Penuh: 20 Episod
Pengarah: Erma Fatima
Terbitan: Rumah Karya Citra Sdn Bhd
Pelakon
Remy Ishak sebagai Jalalludin Rumi
Nur Fathia Latiff sebagai Jawi
Saharul Ridzwan sebagai Afiq
Juliana Evans
Nadia Brian sebagai Maya
Niezam Zaidi sebagai Salahudin Ayubi
Julia Farhana sebagai Aisya
Anne Abdullah sebagai Mardiana
Nazrief Nazri
Erra Fazira
Esma Daniel
Nur Fathia Latiff sebagai Jawi
Saharul Ridzwan sebagai Afiq
Juliana Evans
Nadia Brian sebagai Maya
Niezam Zaidi sebagai Salahudin Ayubi
Julia Farhana sebagai Aisya
Anne Abdullah sebagai Mardiana
Nazrief Nazri
Erra Fazira
Esma Daniel
Sinopsis Drama Rumi dan Jawi
Seorang pemuda bernama Rumi, pemegang Ijazah Sarjana dari Universiti Alexanderia di Mesir, kembali ke Kuala Lumpur. Dia ingin menggunakan ilmu yang dipelajari dengan berdakwah kepada masyarakat sekeliling termasuklah keluarganya. Namun begitu, keluarganya dan juga orang ramai begitu sukar untuk menerima tegurannya. Pelbagai kisah yang lucu dan mencuit hati sewaktu Rumi berdakwah. Rumi telah diterima bekerja di jabatan agama islam.
Rumi telah bertemu dengan pelbagai orang yang mempunyai macam-macam masalah dan dia cuba menyelesaikan. Maya yang merupakan bekas jirannya telah jatuh hati dengan Jawi dek kerana budi pekertinya. Jawi juga telah menyelesaikan masalah rumah tangga rakan sekerjanya yang selalu dipukul suaminya. Keluarganya pula sering bermasalah dengan tidakkan Rumi yang selalu menegur adik-adiknya. Beliau berjanji untuk mengubah cara kehidupan keluarganya.
Rumi ditugaskan oleh jabatan untuk memantau akidah pelajar yang belajar di luar negara. Di situ, dia telah bertemu dengan seorang gadis bernama Jawi. Mereka berduka sering bergaduh kerana berbeza pendapat dan idealogi. Rumi tidak pernah berputus asa dalam menegur perbuatan Jawi. Selesai tugasan di sana, Rumi pulang semula ke Malaysia. Pada masa yang sama Jawi juga pulang menaiki pesawat yang sama. Mereka bertemu semula selepas insiden Jawi kehilangan bagasi.
Jawi dan Rumi semakin kerap bertemu apabila ibu mereka berkenalan. Jawi diperlawa bekerja dengan Ibu Jawi. Keadaan menjadi semakin tegang apabila ibu mereka mahu menjodohkan mereka. Akhirnya kedua-dua mereka terpaksa berkahwin kerana desakan orang tua. Bagaimana kesudahan kisah Rumi dan Jawi ini?

Review Drama
Drama ini menonjolkan kisah cara berdakwah yang perlu diamalkan ketika menyampaikan ajaran agama. Watak Rumi yang baru pulang dari Mesir ke Malaysia dan ingin meyampaikan ajaran kepada masyarakat setempat. Gelagat Rumi sewaktu berdakwah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. Sudah semestinya ramai yang menentangnya termasuklah ahli keluarganya. Keluarganya yang mengamalkan cara hidup moden menganggap Rumi seorang yang kolot dan selalu mengganggu mereka. Rumi tidak mengalah dan cuba dengan sebaik mungkin untuk mengubah keluarganya. Rumi akan menegur setiap perbuatan orang yang salah di sisi agama. Walaupun Rumi selalu bertegas sewaktu menegur, namun dia pastinya tidak melampaui batas. Kehidupan keluarganya semakin berubah apabila adik perempuan Rumi meninggal dalam kemalangan.
Drama ini juga memaparkan kisah masalah dalam kekeluargaan. Maya yang merupakan isteri kedua kepada seorang Tan Sri terpaksa bercerai disebabkan Suaminya yang mengikut telunjuk Isteri pertama. Masalah ini terjadi disebabkan poligami yang diamalkan tanpa keadilan kepada kesemua isteri. Emak Jawi selalu bergaduh dengan suaminya dan mengakibatkan anaknya tidak mendapat kasih sayang yang cukup daripada keluarganya. Akibatnya Jawi menjadi seorang yang nakal dan tidak berbudi bahasa. Jawi selalu memusuhi Rumi yang datang memantau akidah pelajar di universiti yang didiami Jawi. Jawi juga telah membuat fitnah kepada Rumi dan mengakibatkan teman lelakinya meminta putus kerana perbuatannya yang teruk itu.
Selain itu, kisah membantu orang yang memerlukan pertolongan. Rumi masih juga membantu Jawi yang kehilangan bagasinya sewaktu di Airport walaupun Jawi selalu melakukan kejahatan kepadanya. Rumi juga telah membuka rumah kebajikan untuk diduduki anak terbiar. Apabila kita membantu orang yang menghadapi masalah, di masa akan datang pastinya ada orang yang akan membantu kita pula nanti. Jadi selalulah meringankan tangan membantu orang lain.
Gambar Pelakon Rumi dan Jawi
Juliana Evan, Fatiya Latiff dan Remy Ishak |
Fatiya Latiff dan Nazrief Nazri |
Saharul Ridzwan dan Nora Danish |
Pelakon otai Esma Daniel dan Erra Fazira |
Post a Comment