Header Ads

Drama Lelaki Macam Dia [2016] Astro Ria (Adaptasi Novel)


Drama Terbaru Lelaki Macam Dia yang diadaptasi daripada Novel Mamat Muka Selenga Karya  Aliesha Kirana. Drama ini akan dibintangi oleh Azrel Ismail dan Izreen Azminda sebagai pelakon utama. Drama ini merupakan terbitan Country Universal SDN BHD dan akan ditayangkan pada Bulan Julai ini hanya di Astro Ria dan Ria HD selepas drama Assalamualaikum Cinta.

Novel Mamat Muka Selenga karya Aliesha Kirana

Details
Tajuk: Lelaki Macam Dia
Genre: Drama
Tarikh Tayangan: 18 Julai 2016
Hari Tayangan: Isnin - Khamis
Masa Tayangan: 10 Malam
Saluran: Astro Ria dan Astro Maya HD
Episod Penuh:  20 Episod
Pengarah: Hashim Rejab
Terbitan: Country Universal Sdn Bhd
Pelakon
Azrel Ismail sebagai Fahmi Nazarul Ain
Izreen Azminda sebagai Nur Fatihah Husna
Akhmal Nazri sebagai Encik Aydan Danial
Sharisa Haris sebagai Sally
Zera Hariz sebagai Hajar
Elya Miera sebagai Lily
Natasha Elyzza sebagai Nina
Zulkifli Ismail sebagai Dato' Said
Sinopsis Lelaki Macam Dia
Mengisahkan tentang Fahmi dan Fatihah yang tinggal berjiran. Apa sahaja yang dilakukan oleh si suara petir itu tidak kena dimata Husna. Sehingga digelar Mamat Muka Selenga kerana Husna lebih tertarik kepada bos ditempat kerjanya, Encik Aydan yang mirip pelakon Korea yang diminatinya. Lama kelamaan timbul perasaan sayang. Tetapi keduanya ego untuk mengakuinya. Segalanya berubah setelah sekembalinya Husna dari Korea setelah tamat pengajiannya. Fahmi didepannya sekarang bukanlah si Mamat Selenga yang dikenalinya dulu. Konflik mula timbul apabila mereka hampir bertunang dengan pilihan sendiri. Tetapi akhirnya bersatu kembali setelah satu kejadian lucu dikampung Fahmi.

Gambar Pelakon Lelaki Macam Dia







Poster

Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.