Header Ads

Drama Lara Aishah [2016] AstroPrima


Drama Terbaru Lara Aishah akan ditayangkan tidak lama lagi, pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6.00 petang di saluran Astro Prima 105 dan Astro Maya HD 135. Drama terbitan Global Station ini dibintangi oleh Nazim Othman, Fasha Sandha, Shah Jaszle,  Dayana Roza dan ramai lagi. Masih dalam proses pengambaran. Drama 100 episod ini merupakan adaptasi dari telenovela Mexico, La Loba pada tahun 2010.

Details
Tajuk: Lara Aishah
Genre: Drama
Tarikh Tayangan: 29 Ogos 2016
Hari Tayangan: Isnin - Jumaat
Masa Tayangan: 6.00 Petang
Saluran: Astro Prima dan Astro Maya HD
Episod Penuh: 100 Episod
Pengarah: Riza Baharudin
Terbitan: Global Station
Pelakon
Nazim Othman sebagai Iskandar
Fasha Sandha sebagai Aishah
Jasmin Hamid sebagai Zurin
Eizlan Yusof sebagai Datuk Nazri
Dian P.Ramlee sebagai Cik Puan Marina
Dayana Roza sebagai Wani
Shahrizal Jaszle sebagai Zack
Maria Farida sebagai Datin Dahlia
Ainul Aishah sebagai Aimi Farhana
Afzan A.Rahman sebagai Azlan
Adam Lee sebagai Daniel
Jasmine Suraya sebagai Sandra
Elya Miera sebagai Thalia
Sasqia Dahuri sebagai Felisha
Janet Khoo sebagai Sharon
Dr Katalina sebagai Adlin
Mia Nasir sebagai Anita
Watie Sadali sebagai Dahlila
Ku Faridah sebagai Wati
Zamarul Hisham sebagai Hisham
Mandy sebagai Carmen
Sinopsis Drama Lara Aishah
Mengisahkan dua wanita iaitu Aishah yang berjuang menyelamatkan pasar tempatan daripada dirobohkan dan bekas banduan bernama Zurin yang ingin mencari anak kandungnya. Zurin dipenjara di luar negara atas kesalahan yang tidak dilakukannya dan semua itu dirancang ibu mentuanya.

Apabila dibebaskan dia dapat tahu anaknya diculik ketika kecil masih hidup dan nekad untuk membalas dendam. Sementara itu, Aishah dibesarkan Muiz dalam serba kekurangan. Dia bekerja di pasar dan terkenal dengan sikap keras hati. Apabila mengetahui pasar itu bakal diambil alih, Aishah bertekak dengan Datuk Alif, anak pemilik premis itu.

Pergaduhan mereka juga menemukan Aishah dengan Iskandar, waris keluarga mentua Zurin. Iskandar menipu Aishah dengan menyatakan dia hanya mekanik yang miskin. Perkenalan itu membuahkan bibit cinta di antara mereka. Dalam masa sama, keluarga Iskandar mahu menyatukan jejaka itu dengan Felisha dan sanggup melakukan apa saja untuk memusnahkan Aishah. Kehadiran bekas kekasih Aishah merumitkan lagi keadaan.

Gambar Pelakon Lara Aishah










Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.