Header Ads

Drama Abang Bomba I Love You [2016] Astro Ria


Drama Terbaru Abang Bomba I Love You yang diadaptasi dari novel karya Mia Kiff. Drama ini akan dibintangi oleh Hisyam Hamid sebagai Rayqal dan Amira Othman sebagai Lily yang mana mereka berdua merupakan watak utama. Drama ini diterbitkan oleh syarikat Global Station Sdn Bhd.

Novel Abang Bomba I Love You Karya Mia Kiff
Details
Tajuk: Abang Bomba I Love You
Genre: Drama
Tarikh Tayangan: 12 September 2016
Hari Tayangan: Isnin - Khamis
Masa Tayangan: 10 Malam
Saluran: Astro Ria dan Astro Ria HD
Episod Penuh: 16 Episod
Pengarah: MP Roslin
Terbitan: Global Station Sdn Bhd 
Pelakon
Hisyam Hamid sebagai Rayqal
Amira Othman sebagai Lily
Nadya Syahera sebagai Mawar
Jaslin Puasa sebagai Haziq
Sinopsis Abang Bomba I Love You
 “Kau membakar jiwa ini sehinggaku mengelupur kelecuran. Ia tak pernah sembuh biar arlogi masa kian berganjak. Ke seantero dunia kucuba berlari demi memujuk hati yang degil mencintaimu. Mungkin, masih kurang rasaku mencintai dirimu, berbanding dia.”—- Lily

“Sekuntum Lily tidaklah begitu menarik kerana warnanya pudar dan tidak indah dipandang. Pandang sekali cuma, tiada lagi pandangan kedua dan seterusnya. Namun, kesucian dan ketenangan yang dirasakan ketika menyentuh auranya membuatkan ia kembali diraih oleh mata yang pernah buta menilai keindahannya.


Setangkai Mawar yang mengamit sang pencinta untuk memuja keunikannya. Mekar mewangi, berseri-seri dan memanggil-manggil jiwa yang terpukau dek keindahannya. Durinya yang berbisa, sungguh melukakan.”—- Rayqal


Perkenalan Lily dengan Rayqal, seorang anggota bomba merapatkan hubungan mereka sebagai adik dan abang. Jasa baik Rayqal menyelamatkan nyawa Lily berkali-kali membuatkan Lily menganggap lelaki itu bagaikan superherodalam hidupnya. Lily sangat mengagumi kerjaya Rayqal dan teruja memandang lelaki itu sehingga sentiasa melakukan kejutan demi menarik perhatian lelaki itu. Namun, sayangnya Rayqal hanya menganggap Lily sebagai adik yang kurang perhatian dan kasih sayang keluarga.


Hubungan baik mereka terlerai tatkala Mawar, kakak kandung Lily dan Rayqal saling jatuh cinta. Mawar yang sememangnya mahu merampas segala kesayangan Lily kerana dendamnya, menyebabkan Lily patah semangat dan hubungannya dengan Rayqal rosak disebabkan fitnah yang Mawar lakukan.


Perkahwinan Rayqal dan Mawar yang bakal berlangsung membuatkan Lily membawa diri dan berazam melupakan cinta dalam arlogi masa. Salahkah seorang budak mentah jatuh cinta pada lelaki berkerjaya jika dia mampu memandu arah cinta itu? Mampukah Lily melupakan Rayqal, setelah sekian lama berkelana di bumi asing? Adakah kepulangannya mampu menghentikan gelora cinta di jiwanya?

Gambar Abang Bomba I Love You 










Poster Abang Bomba I Love You
 
Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.