Header Ads

Drama Mariam Alisa [2016] Slot Lestary TV3


Drama baru untuk slot Lestary berjudul Mariam Alisa bakal menemui penonton pada bulan Ogos nanti di TV3. Menampilkan gandingan baru Ben Amir dan Elvina sebagai pelakon utama. Drama ini diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin dibawah produksi Radius One Sdn Bhd. Nantikan drama ini hanya di TV3!

Details
Tajuk: Mariam Alisa
Genre: Drama
Tarikh Tayangan: 26 Ogos 2016
Hari Tayangan: Rabu, Khamis dan Jumaat
Masa Tayangan: 9.00 Malam
Saluran/Slot: Lestary TV3
Episod Penuh: 13 Episod
Pengarah: Shahrulezad Mohameddin
Terbitan: Radius One Sdn Bhd
Pelakon
Elvina Mohamad sebagai Mariam Alisa (Icha)
Ben Amir sebagai Farhan
Amirul Faqeem sebagai Ustaz Haiqal
Haris Zainuddin sebagai Fareeq
Aida Aris sebagai Datin Hayati
Roy Azman sebagai Dato Mokhtar
Nadia Aqilah sebagai Sharmin
Najua Pramlee sebagai Adila
Sinopsis Drama Mariam Alisa
Mengisahkan seorang gadis kampung yang cantik bernama Mariam Alisa. Mariam hanya tinggal berdua bersama ayahnya yang sudah uzur dan lumpuh. Walaupun Mariam merupakan satu-satunya anaknya, dia tetap berasa tidak selesa apabila Mariam perlu merawatnya dan menjaga kebajikannya. Oleh kerana itu, ayahnya menyuruh Mariam untuk bernikah dengan Ustaz Haiqal kerana Ustaz Haiqal sering bertandang ke rumah dan membantu Mariam. Namun sebaik mana hati Ustaz Haiqal iti, gati Mariam tidak lagi terbuka untuk mana-mana lelaki.

Demi menyara ayahnya, Mariam menjual nasi lemak di sebuah gerai di kampung. Hari-hari Mariam berlalu hampir serupa di gerai itu, sehingga Farhan seorang pemuda datang membeli nasi lemak Mariam. Pada saat itu, Farhan terpegun melihat kecantikan Mariam sehingga dunia ini bagaikan tiada bunyi lain selain deruan bayu berbisik ditelinganya.

Semenjak hari itu, Farhan sering ke gerai nasi lemak tetapi untuk bertemu dengan gadis manis itu. Mariam pula semakin berlembut hati dengan Farhan walaupun Farhan itu seorang pekak dan kelihatan seperti bukan orang berada. Hal ini kerana, Mariam sudah serik dipermainkan oleh lelaki berada. Namun Mariam tidak tahu bahawa Farhan cuma berpura-pura pekak sebagai alasan terpaku tatkala melihat kecantikan Mariam.

Sampai bilakah Farhan perlu berahsia dengan Mariam? 

Gambar Pelakon




 

 
Poster Drama Mariam Alisa

Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.