Header Ads

Drama Sweetie Nannie [2016] Slot Lestary TV3


Creative Skill Solution Sdn Bhd bakal muncul dengan drama terbaru terbitannya iaitu Drama Sweetie Nannie. Drama bukan adaptasi novel ini akan ditayangkan untuk slot Lestary nanti di TV3. Drama ini bakal menampilkan gandingan baru Aidit Noh dan Nadia Brian sebagai pelakon utama. Drama Sweetie Nannie akan ditayangkan pada 29 September 2016 ini yang bakal menggantikan drama Mariam Alisa. Nantikan drama ini hanya di TV3!

Skrip Sweetie Nannie
Details
Tajuk: Sweetie Nannie
Genre: Drama
Tarikh Tayangan: 29 September 2016
Hari Tayangan: Rabu, Khamis dan Jumaat
Masa Tayangan: 9.00 Malam
Saluran/Slot: Lestary TV3
Episod Penuh: 13 Episod
Pengarah: Pali Yahya
Terbitan: Creative Skill Solution
Pelakon Drama Sweetie Nannie
Nadia Brian sebagai Nannie Nadira
Aidit Noh sebagai Zafri
Duerra Mitilda sebagai Manis
Syafnida Shuhaimi sebagai Fida
Nazeera Sardi sebagai Kak Ja
Julia Farhana sebagai Baizura
Faiz Hak sebagai Shah
Indah Emeerlda sebagai Tara
Sinopsis Drama Sweetie Nannie
Mengisahkan seorang gadis yang bernama Nanie Nadira, 23 (Nadia Brian) pernah melahirkan seorang anak luar nikah setelah dirogol ketika berusia 16 tahun. Oleh kerana Nanie Nadira masih bersekolah dan tidak berpendapatan, Nanie Nadira menyerahkan anaknya itu kepada kakaknya, Nora. Namun, apabila bayi itu telah diculik di sebuah klinik, Nora pula meninggal tidak lama kemudian kerana kemurungan. Peristiwa tragis ini sekali lagi menghimpit kehidupan Nanie Nadira kerana Nora telah mengamanahkan Nanie Nadira untuk mencari anaknya kembali dan menjalani tanggungjawabnya sebagai ibu kandung bayi itu.

Selain dugaan yang sudah membebani benak fikiran Nanie Nadira itu, Nanie Nadira juga sedang bergelut dengan masalah kewangan setelah kematian kakaknya. Hal ini kerana, Nanie Nadira masih menuntut pelajaran di sebuah kolej tempatan dalam jurusan Juruukur Bahan. Tambahan pula, selama ini Nanie Nadira tinggal bersama kakaknya dan yuran pengajiannya juga ditanggung sepenuhnya oleh Nora.

Dalam kerunsingan Nanie Nadira untuk melangsaikan sewa rumahnya yang sudah sekian lama tertunggak, Nanie Nadira bertemu dengan Zafri (Aidit Noh) di sebuah kafe secara tidak sengaja. Ketika itu, Zafri sedang melarikan diri daripada orang suruhan sepupunya, Baizura (Julia Farhana). Zafri merupakan seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat pemaju yang sentiasa dikongkong oleh sepupunya merangkap penasihatnya, Baizura kerana Zafri masih terlalu muda untuk mengendalikan syarikat keluarganya itu.

Setelah Nanie Nadira dan Zafri bertemu, mereka menjadi semakin rapat, dan ini membuatkan Baizura rasa tidak senang hati. Kerana terlalu mengikut hatinya yang busuk, Baizura bertekad untuk memisahkan Zafri daripada Nanie Nadira dengan menyelidik sejarah hitam Nanie Nadira. Dugaan demi dugaan dihadapi Nanie Nadira, sejarah Nanie Nadira yang pernah melahirkan anak luar nikah itu akhirnya diketahui Zafri dan kebahagiaan sementara Nanie Nadira musnah.

Dapatkah Nanie Nadira bertemu dengan anaknya kembali? Adakah Zafri akan menjauhkan diri daripada Nanie Nadira selamanya?

Gambar Pelakon




Poster Sweetie Nannie


Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.