Header Ads

Drama Cinta Masam Manis [2016] Akasia TV3

Drama Cinta Masam Manis ini menampilkan pelakon otai Zamarul Hisham dan pelakon muda dan berbakat Izara Aishah sebagai pelakon utama. Pasangan ini merupakan gandingkan baru kerana belum pernah bergandingan bersama dalam mana-mana drama sebelum ini dan pasti memberikan kelainan untuk drama tayangan slot Akasia. Nantikan tayangannya di TV3 pada 26 September 2016 nanti menggantikan drama Lara Terindah. Drama ini bukan adaptasi daripada novel.

Skrip Cinta Masam Manis
Details
Tajuk: Cinta Masam Manis
Genre: Drama
Tarikh Tayangan: 26 September 2016
Hari Tayangan: Isnin-Khamis
Masa Tayangan: 6.58 Petang
Saluran: Akasia TV3
Episod Penuh: 24 Episod
Pengarah: Eoon Shuhaini
Terbitan: Orangetree Productions Sdn Bhd
Pelakon
Zamarul Hisham sebagai Johan
Izara Aishah sebagai Sarah (Nor Sarah Mahmud)
Raja Ilya sebagai Tasya
Sweet Farhanna sebagai Hanna
Nur Alis Maria sebagai Hanis
Shah Jaszle sebagai Erman
Rahim Omar sebagai Dato Mahmud
Wan Nur Azlin sebagai Faridah
Syaffiq Sahli sebagai Zaidi
Erry Putra sebagai Azmi
Siti Chubby sebagai Wati
Mimi Ernida sebagai Syira
Tash Yong sebagai Fia
Liza Abdullah sebagai Datin Mel
Nu'man Salleh sebagai Samad
Ku Faridah sebagai Hasnah
Gbob sebagai Alex
Khairuddin Ab Rahman sebagai Shaffiq
Cinta Diana Dargasi sebagai Cinta
Danny X-Factor sebagai Asraff Halim
Zalfa Zin sebagai Puteri
Sinopsis Drama Cinta Masam Manis
Mengisahkan Hisham seorang duda yang mempunyai dua orang anak iaitu Hanna, 18 tahun dan Hanis, 12 tahun. Bekas isterinya, Tasha meninggalkan beliau untuk meneruskan kejayanya di luar negara. Sejak dari itu, keutamaan diberikan kepada anaknya dan mendapati dirinya sukar untuk jatuh cinta lagi sehinggalah dia bertemu dengan Zaleha. Zaleha adalah seorang gadis muda ceria yang 20 tahun lebih muda daripada Hisham. Kedua-dua mereka jatuh cinta tetapi terperangkap dalam konflik di antara anak-anak, keluarga dan bekas isteri.

Apabila Hisham memperkenalkan Zaleha kepada anak-anaknya, Hanna menentang sekeras-kerasnya hubungan mereka kerana merasakan Zaleha hanya mengejar kekayaan ayahnya. Tambahan pula, perbezaan umur antara mereka tidak terlalu jauh membuatkan Hanna tidak senang. Sebaliknya, Hanis berasa gembira buat ayahnya kerana dia merasakan tiba masanya untuk ayahnya mengecapi kebahagian sendiri.

Malangnya, bukan sahaja Hanna tidak bersetuju dengan hubungan mereka, ibu Zaleha, Faridah turut menentang kerana mahu sepadankan Zaleha dengan anak kawan baiknya, Erman. Lebih teruk lagi, apabila Tasha kembali menagih cinta Hisham. Melihat situasi tersebut, Faridah berkomplot dengan Tasha untuk memisahkan Hisham dan Zaleha.

Gambar Pelakon Cinta Masam Manis






 


Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.