Header Ads

Drama Akadku Yang Terakhir [2016] Astro (Adaptasi Novel)


Drama adaptasi Novel Akadku Yang Terakhir Ahmad terbitan Kaki Novel yang dibintangi oleh Amar Baharin sebagai Irham Zahri dan Tiz Zaqyah sebagai Rania Baheera. Drama ini bakal bersiaran tidak lama lagi iaitu pada bulan april nanti. Pada mulanya pelakon Mia Ahmad dikatakan akan memegang watak utama namun ditukar kepada Tiz Zaqyah.

Novel  Akadku Yang Terakhir Karya Acik Lana

Details
Tajuk: Akadku Yang Terakhir
Genre: Drama
Tarikh Tayangan: 6 April 2016
Hari Tayangan: Isnin - Jumaat
Masa Tayangan: 6.00 Petang
Saluran: Astro Prima‬ ‪& Astro Maya HD
Episod Penuh: 43
Pengarah: Amie Maziah (Makmie)
Terbitan: Global Station Sdn Bhd
Pelakon
Amar Baharin sebagai Irham Zahri
Tiz Zaqyah sebagai Rania Baheera
Nina Nadira sebagai Zalia
Mardiana Alwi sebagai Zulin
Fikhree Bakar sebagai Fazriq
Riz Amin sebagai Daniyal
Sinopsis Drama Akadku Yang Terakhir
Tugas sebagai seorang Pakar Psikoterapi telah menemukan Rania Baheera dengan seorang duda yang tiga kali berkahwin, tiga kali bercerai tanpa sebab bernama Irham Zahri. Dan keengganan Irham Zahri untuk bekerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur menambahkan rasa sebal di hati Rania.

Hati yang rimas mula bergetar indah tatkala kehadiran Rania berjaya menghapus bayang-bayang silam dan menyuntik keyakinan buat dirinya. Usaha meraih kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang dihulur disambut penuh kasih. Dan sekali lagi lafaz akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir. Tiada lagi selepas Rania!

Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq.

Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa?

“Kerana aku mula mengerti betapa indah cintamu, Betapa agung dan tulus kasih sayangmu, Kini aku bersumpah, kau yang terakhir buatku….”

Pelakon utama Amar Baharin dan Tiz Zaqyah 

Amar baca novel apa tu?




Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.