Drama Adaptasi Novel Suami Tanpa Cinta [2016] Astro
Berita baik kepada penggemar drama adaptasi novel. Novel Suami Tanpa Cinta karya penulis popular Syamnuriezmil bakal menggandingkan dua pelakon utama, popular, berbakat, dan ada rupa! Pendek kata, cukup pakej!Shukri Yahaya dan Janna Nick akan menjadi tonggak utama drama adaptasi novel Suami Tanpa Cinta ini. Drama Suami Tanpa Cinta merupakan terbitan Pena Creative untuk siaran Astro Ria! Sama-sama kita nantikan drama ini di kaca TV! Drama ini akan ditayangkan selepas drama Aku Bukan Bimbo.
OST (lagu tema): Janna Nick - Mungkin Saja
Novel Suami Tanpa Cinta karya Syamnuriezmil |
Details
Tajuk: Suami Tanpa Cinta
Genre: Drama
Tarikh Tayangan: 4 April 2016
Hari Tayangan: Isnin - Khamis
Masa Tayangan: 10 Malam
Saluran: Astro Ria dan Astro Ria HD
Episod Penuh: 16 Episod
Pengarah: MP Roslin
Terbitan: Pena Creatives Pictures
Pelakon
Shukri Yahya sebagai Zaidan Iman
Janna Nick sebagai Ain Syifa
Mark Adam sebagai Rafael
Cristina Suzanne sebagai Alesya
Afzan A.Rahman sebagai Uzair
Sarah Hildebrand sebagai Adura
Janna Nick sebagai Ain Syifa
Mark Adam sebagai Rafael
Cristina Suzanne sebagai Alesya
Afzan A.Rahman sebagai Uzair
Sarah Hildebrand sebagai Adura
Sinopsis
Mengisahkan Zaidan Iman (Aid) dan Ain Syifa berkawan sejak dari zaman sekolah. Demi menyelamatkan perniagaan keluarga, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin dan menggabungkan syarikat mereka.
Namun perkahwinan mereka bersyarat. Sekiranya jatuh talak ke atas ain, maka syarikat mereka akan jatuh ke tangan Ain Syifa dan Aid tiada lagi hak ke atas syarikat itu. Maka, Aid dan Ain masing-masing berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan rumahtangga mereka.
Ain cuba untuk menyayangi dan mencintai Aid, seperti mana Aid mencintainya. Namun kisah silam Ain membuatkan Ain mengunci dirinya dari mencintai Aid. Walaubagaimanapun, kehidupan mereka semakin hari semakin ceria dan bahagia. Mereka memang saling melengkapi antara satu sama lain. Pelbagai cara dilakukan oleh Aid untuk membuatkan Ain jatuh cinta padanya. Ain keliru dengan perasaannya sendiri. Aid sedar si isteri sudah mula mencintainya namun masih belum mampu untuk mengakui perasaan itu.
Kepercayaan mereka terhadap pasangan masing-masing membantu mereka dalam menangani godaan-godaan yang datang silih berganti. Namun, kebahagiaan mereka teruji dengan satu berita yang sampai ke pendengaran Ain. Ain mula sangsi dengan Aid yang sudah mula berahsia dengannya.
Keadaan semakin runcing apabila Ain lari meninggalkan Aid dengan satu nota kecil yang membuatkan Aid menjadi risau dan cuak. Dapatkah Aid mencari Ain? Mampukah perkahwinan dengan suami tanpa cinta ini kekal sehingga ke jannah? Dan apakah kebenaran di sebalik cerita yang didengar oleh Ain itu?

Poster
Trailer
Post a Comment