Header Ads

Drama Meh, Sandar Pada Aku! [2016] Dahlia TV3


Drama adaptasi novel terbaru berjudul Meh, Sandar Pada Aku! bakal menemui penonton tidak lama lagi. Drama ini menampilkan Mira Filzah dan Aliff Aziz sebagai teraju utama untuk menjayakan watak Afnan Tasneem dan Syed Nazhan yang dipetik daripada novel Meh, Sandar Pada Aku! Mesti ramai yang rindukan lakonan Mira Filzah yang baru sahaja menjayakan drama Cinta Si Wedding Planner dan menjadi semakin popular melalui drama tersebut. Diharap melalui drama ini akan menaikkan lagi nama Mira Filzah dalam kalangan peminat drama Melayu. Drama ini merupakan terbitan Zeel Production Sdn Bhd dan akan ditayangkan di TV3 untuk slot Dahlia.

Novel Meh, Sandar Pada Aku! by Aifa Batrisya

Details
Tajuk: Meh, Sandar Pada Aku!
Genre: Drama
Tarikh Tayangan:
Hari Tayangan: Jumaat, Sabtu dan Ahad
Masa Tayangan: 7.00 Malam
Saluran/Slot: Dahlia TV3
Episod Penuh: 20 Episod
Pengarah: Emi Suffian
Terbitan: Zeel Production Sdn Bhd
Pelakon
Mira Filzah sebagai Afnan Tasneem
Aliff Aziz sebagai Syed Nazhan
Aidit Noh sebagai Syed Emir
Redza Rosli sebagai Amir Naufal
Jaja Iliyes sebagai Alisha
Asyraf Aley sebagai Syed Amir
Badrul Muhayat sebagai Syed Irham
Fiza Halim sebagai Farah
Sinopsis Meh, Sandar Pada Aku!
Orang kata tak kenal maka tak cinta. Tapi dah kenal menyakitkan hati pulak.Macam mana tu?
Afnan Tasneem dipertemukan dengan penyelia yang menjengkelkan- Dr Syed Nadhan
Kegagalan perkahwinan papa dan mamanya benar-benar memberi kesan pada Syed Nadhan. Kehadiran Afnan sebagai pelajar praktikalnya benar-benar memeningkan kepalanya.
Afnan selalu meluahkan perasaan tak puas hati tentang penyelianya kepada Adam Naufal.Adam tahu Dr Syed menyukai Afnan dan dia sengaja menimbulkan rasa cemburu Dr Syed.Namun, Afnan menyangka Adam menyintainya.


Keadaan berubah bila Mama Afnan bakal berkahwin dengan Papa Dr Syed. Keadaan bertambah rumit bila Afnan mengetahui Adam bakal berkahwin. Dr Syed pula bertunang dengan dr Aleesya dan Afnan akan dijodohkan dengan Aamir, Kecewa dengan berita perkahwinan Adam, Dr Syed muncul dan memujuk sebagai abang.Namun, takdir menentukan segalanya. Kematian mama Afnan dan papa Syed membuatkan Dr Syed berasa bertanggungjawab melindungi Afnan dan mengahwininya. Dia memutuskan pertunangannya dengan Dr Aleesya. Berita ini mengejutkan Aleesya hingga terpaksa di rawat di hospital bahagia, Ini kerana, Aleesya sememangnya mencintai dr Syed sepenuh hati.

Gambar Pelakon




Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.