Header Ads

Drama Kerana Anisa [2017] Samarinda TV3


Nantikan drama terbaru terbitan Enuja Production Sdn Bhd berjudul Kerana Anisa. Ditunjangi oleh Zara Zya, Fahrin Ahmad, Mustaqim Bahadon dan Uqasha Senrose. Drama bersiri arahan Jamal Khan itu akan disiarkan di slot Samarinda TV3 pada 9 Januari 2017 ini.

Details
Tajuk: Kerana Anisa
Genre: Drama
Tarikh Tayangan: 9 Januari 2017
Hari Tayangan:  Isnin - Rabu
Masa Tayangan: 10 malam
Saluran: Slot Samarinda TV3
Episod Penuh: 15 Episod
Pengarah: Jamal Khan
Terbitan: Enuja Production Sdn Bhd 
Pelakon
Zara Zya sebagai Anisa 
Mustaqim Bahadon sebagai Syukri
Fahrin Ahmad sebagai Zahid
Sura Sojangi sebagai Adira
Sinopsis Kerana Anisa
Mengisahkan Anisa dan Syukri yang berkawan baik di kampung. Anisa mempunyai impian besar dalam hidup apabila bercita-cita menjadi peguam dan meminta Syukri menjadi 'guru' dan penguat semangatnya.

Bagaimanapun, bapa Anisa, Long Yahya menentang persahabatan Syukri dan Anisa. Selepas Anisa tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Syukri berangkat ke London untuk menyambung pengajian namun mereka meneruskan hubungan menerusi surat.

Satu hari, Anisa dikejutkan dengan rombongan peminangan daripada Zahid. Anisa menentang kerana mahu meneruskan pelajaran kerana dia lulus cemerlang dalam SPM. Bagaimanapun, Anisa dipaksa berkahwin. Selepas berkahwin, Zahid bertindak kejam terhadap zahir dan batin Anisa.

Malah, Zahid makin menyakiti Anisa terutama selepas mendapat tahu hubungan Anisa dengan Syukri.

Gambar Pelakon




Poster Kerana Anisa

Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.