Header Ads

Drama Curi-Curi Cinta [2016] Astro Bella


Nelydia Senrose akan kembali lagi sebagai heroin dalam drama terbaru drama Curi-Curi Cinta yang diadaptasi daripada Novel Curi-Curi Cinta Karya Siti Rosmizah. Drama ini mempunyai 30 episod dan drama ini akan ditayangkan pada bulan oktober tidak lama lagi hanya di Astro Bella.

Novel Curi-Curi Cinta karya Siti Rosmizah
Details
Tajuk: Curi-Curi Cinta
Genre: Drama
Tarikh Tayangan: Oktober 2016
Hari Tayangan: 
Masa Tayangan: 
Saluran: Astro Bella
Episod Penuh:  30 Episod
Pengarah: 
Terbitan: 
Pelakon
Nelydia Senrose Sebagai Intan Raihana
Sinopsis Curi-Curi Cinta
Intan Raihana dilahirkan dalam keluarga yang susah. Intan malu dengan keadaan keluarganya, apatah lagi ibunya seorang yang buta disebabkan kemalangan maut. Ayahnya meninggal dunia, dia pula membenci abangnya Iskandar  yang kononnya menjadi punca kemalangan tersebut. Intan sering berlagak seperti orang kaya. Intan belajar di luar negara. Namun, dia lebih suka berpoya-poya dengan kemewahan lelaki daripada belajar.Pulang dari luar negara,Intan berkenalan dengan Danial Hakim.Dia cuba menggoda lelaki itu kerana kekayaannya.Namun, sepupu Intan Fariza lebih menambat hati Danial Hakim.

Fariza seorang gadis yang baik budi pekertinya. Apa lagi, Intan melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan Danial Hakim. Namun,hati Danial Hakim sudah terkunci untuk Fariza. Intan menggunakan cara terkutuk untuk mendapatkan Danial Hakim. Setelah itu mereka pun berkahwinlah. Kelukaan hati Danial membuatkan dia mahu membalas dendam pada Intan. Dia mahu Intan sengsara sebagai isterinya. Dia mahu menyedarkan Intan kekayaan bukan segalanya. Mereka tinggal di sebuah pondok. Kehidupan yang Intan impikan hancur berkecai. Dia kini menjadi pencuci tandas untuk menyara hidup.

Jirannya menghasut Intan untuk bercerai. Intan sedar,mungkin ini balasan atas tindakannya sebelum ini. Peggy(sepupu Danial) tidak sangka Intan boleh bertahan dengan sikap Danial. Insaf akan perbuatannya, Intan memohon ampun pada keluarganya. Dia mahu menebus balik geran tanah milik keluarganya yang digadai dulu. Danial memberi syarat yang dia perlu bekerja tanpa gaji sebagai pengawal keselamatan. Intan pernah menipu Danial yang dia mengandung. Namun,kali ini, Intan benar-benar mengandung. Sepanjang tempoh itu, Danial pula yang mempunyai alahan. Dia tidak boleh berrenggang dengan Intan.Berputiklah kasih dan sayang Danial pada Intan. Namun,dia ego untuk menunjukkannya. Hati Intan telah mati untuk Danial.Apatah lagi dengan pemergiaan abangnya Iskandar. Danial berjanji pada Iskandar untuk menjaga intan dan anaknya. Namun, belum sempat menunaikan janji,  Intan pergi..

Danial kembali mencari Intan. Dia mahu memujuk Intan. Dia tidak mahu lagi curi-curi cinta dengan isterinya

Gambar Pelakon Curi-Curi Cinta
Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.