Header Ads

Si Kolot Suamiku [2016] Astro Ria (Drama Adaptasi Novel)


Amar Baharin akan kembali lagi sebagai hero bergandingan dengan pelakon jelita Elizad Sharifuddin dalam drama terbaru Si Kolot Suamiku yang diadaptasi daripada Novel Si Kolot Suamiku Karya Fazlyn Ridz. Bagi menjayakan watak Kudin yang kolot, Amar Baharin juga telah mengubah gaya rambut yang baharu, yang menampakkan perwatakkan kolot dalam dirinya. Drama ini merupakan terbitan Metrowealth Movies Production dan akan ditayangkan tidak lama lagi hanya di Astro Ria dan Ria HD.

Novel Si Kolot Suamiku karya Fazlyn Ridz
Details
Tajuk: Si Kolot Suamiku
Genre: Drama
Tarikh Tayangan: 15 Ogos 2016
Hari Tayangan: Isnin - Khamis
Masa Tayangan: 10 Malam
Saluran: Astro Ria dan Astro Maya HD
Episod Penuh:  16 Episod
Pengarah: Eyra Rahman
Terbitan: Metrowealth Movies Production
Pelakon
Amar Baharin - Kudin
Elizad Sharifuddin - Edrina
Atikah Suhaime - Lisa
Muzammil Alias (WARIS) - Mokhtar
Faizal Hussein sebagai Tengku Ehsan
Kuza sebagai Toh Puan Aisyah
Sinopsis Si Kolot Suamiku
Tengku Nur Edrina seorang anak yang degil dan menpunyai ego yang tinggi kerana ayahnya berketurunan raja dan emaknya dilahirkan di kalangan bangsawan. Angkuh dan bangga dirinya membawa hidupnya jauh dari nilai murni seorang wanita Melayu. Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki seorang itu dia memandang rendah dan jelak!

Kudin seorang lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya.

Mereka dipertemukan apabila Tengku Ahmad Ehsan mengunjungi Mak Kunah, emak Kudin untuk melunaskan janji lama yang pernah tersimpul kukuh antara moyang mereka dahulu. Kedatangan lelaki itu untuk membuka cerita yang terperuk lebih berpuluh tahun lalu, agar segala amanah dan wasiat dapat diselesaikan tanpa ada hutang piutang yang tidak dilunaskan sebelum dia menutup mata.

Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncing apabila Edrina tidak mahu terus tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah dan bernafas di kota besar.

Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?

Gambar Pelakon Si Kolot Suamiku







Poster Drama Si Kolot Suamiku

Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.