Header Ads

Telemovie Bibah Bebel [2016] TV9

Saksikan telemovie untuk tayangan slot Skrin di 9 (TV9) bertajuk Bibah Bebel lakonan Fahrin Ahmad, Elly Mazlin dan ramai lagi. Telefilem terbitan Zeel Production Sdn Bhd ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua. Telefilem ini juga menampilkan pelakon cilik yang berbakat iaitu Puteri Balqis di mana dia memainkan watak komedi. Nantikan telemovie komedi ini nanti di TV9.

Details
Tajuk: Bibah Bebel
Genre: Telefilem, Komedi, Keluarga
Tarikh Tayangan: 8 Ogos 2016
Hari Tayangan:  Isnin
Masa Tayangan: 8:30 malam
Saluran: Slot Skrin di 9 (TV9)
Penulis Skrip: Mohd Shahremy
Pengarah: Shuhaimi Lua
Terbitan: Zeel Production
Pelakon
Fahrin Ahmad
Elly Mazlin
Puteri Balqis
Nafiz Muaz
Sinopsis
Telemovie BIBAH BEBEL bergenre komedi ini mengisahkan seorang kanak-kanak yang bernama Bibah (Puteri Balqis) yang telah ditinggalkan dalam jagaan datuk dan neneknya di kampung. Kedua ibubapanya iaitu Daud (Fahrin Ahmad) dan Jamilah (Elly Mazlein) baru sahaja habis belajar di London, dan mereka membawa bersama abang dan kakak Bibah iaitu Danial dan Arissa bersama ke sana. Dan setelah pulang semula ke Malaysia, Daud dan Jamilah, mengambil semula Bibah untuk tinggal bersama mereka di Kuala Lumpur.

Malangnya, Bibah terlalu terikut-ikutkan perangai neneknya yang kuat membebel. Bibah terlalu pembersih, dan mahukan keluarganya lengkap serba serbi semuanya. Malangnya, abang dan kakaknya pula rimas kerana Bibah selalu membebel dan menasihatkan mereka setiap masa, tidak kira siang dan malam, sehinggakan kedua mereka meluat dibuatnya dengan sikap Bibah.

Hari ke hari, sikap Bibah yang semakin bertambah rancak ‘membebel’ menambahkan pula tekanan pada Daud dan Jamilah, yang semakin hari pula dibebani dengan beban kerja. Akibatnya. Bibah sering dimarahi. Namun, Bibah langsung tidak mengambil hati kerana apa yang dia bebelkan itu demi kebaikan keluarganya yang tersayang. Pelbagai aksi lucu terjadi sepanjang Bibah membebelkan keluarganya di rumah.

Sehinggalah pada suatu hari, apabila berlakunya kejadian yang tidak disangka sehingga menyebabkan Bibah tercedera dan koma beberapa hari. Keadaan itu, menyebabkan ahli keluarganya berasa sunyi dan rindukan bebelan semula Bibah. Namun, adakah Bibah akan kembali membebel dan menceriakan kembali keluarga Daud dan Jamilah?

Gambar Pelakon

Jom Layan FB

1 comment:

  1. SINOPSIS TELEMOVIE BIBAH BEBEL

    ReplyDelete

Powered by Blogger.