Header Ads

Yang Terakhir Untukku [2016] Istimewa Aidiladha TV3



Saksikan telefilem untuk slot istimewa sempena Aidiladha di TV3 bertajuk Yang Terakhir Untukku lakonan Sharnaaz Ahmad ,Izara Aishah dan ramai lagi. Telefilem terbitan OrangeTree Production Sdn Bhd ini diarahkan oleh pengarah Azmi Hatta.

Details
Tajuk: Yang Terakhir Untukku
Genre: Telefilem, Drama
Tarikh Tayangan: 12 September 2016
Hari Tayangan:  Isnin
Masa Tayangan: 10:00 malam
Saluran: TV3
Penulis Skrip:  
Pengarah: Azmi Hatta
Terbitan: OrangeTree Production Sdn Bhd
Pelakon
Sharnaaz Ahmad Sebagai Jay
Izara Aishah Sebagai Dhia
Syahfiq Sebagai Ikram
Aleza Shadan Sebagai Datin Laila
Mahmud Ali Basha Sebagai Datuk
Puteri Aishah
Sinopsis
Mengisahkan seorang perompak bernama Jay telah membuat perjanjian dengan adiknya, Min, bahawa rompakan yang bakal dilakukan adalah rompakan yang terakhir sebelum mereka memulakan hidup baru. Untuk mendapatkan fail yang mengandungi kontrak yang diperlukan bosnya, Jay telah menyamar dan bekerja sebagai tukang kebun di rumah pasangan orang kaya. Jay mula berkawan dengan anak tuan rumah tersebut yang bernama Dhia. Namun pada suatu hari, Jay tidak menyangka yang Dhia sedang berada dalam rumah dan menyedari perbuatannya yang sedang memecah masuk bilik ayahnya. Dhia berasa sangat kecewa dengan tindakan Jay selepas dia ditangkap oleh pihak polis. Adakah persahabatan mereka masih akan kekal selepas apa yang telah berlaku?

Gambar Pelakon




Jom Layan FB

No comments

Powered by Blogger.