Sinopsis Sayang Papa Saya Tak? [2017] Astro Ria
Drama Terbaru Sayang Papa Saya Tak? yang diadaptasi dari novel karya Hanni Ramsul terbitan Kaki Novel. Drama ini menampilkan Hisyam Hamid dan Emma Maembong sebagai pelakon utama. Drama ini sedang dalam proses pengambaran dan dijangka akan
ditayangkan pada 9 Januari tahun 2017 di Astro Ria dan Ria HD. Sama-sama kita nantikan.
Novel Sayang Papa Saya Tak? karya Hanni Ramsul |
Details
Tajuk: Sayang Papa Saya Tak?
Genre: Drama
Tarikh Tayangan: 9 Januari 2017
Hari Tayangan: Isnin - Khamis
Masa Tayangan: 10 Malam
Saluran: Astro Ria dan Astro Ria HD
Episod Penuh: 16 Episod
Pengarah: Amie Maziah Abdul Rahman
Terbitan: Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Pelakon
Hisyam Hamid sebagai Farish
Emma Maembong sebagai Raisya
Seri Aileen sebagai Qalish
Aida Khalida sebagai Puan Rogayah
Wan Sharmila sebagai Azyan
Luqman Hafidz sebagai Yusri
Sweet Qismina sebagai Fathiya
Eleena Sui sebagai Aleeya
Izara Aishah sebagai Kasih
Fahad Iman sebagai Khairul
Haleeda Mazlin sebagai Latifah
Adam Lee sebagai Adam
Syafiq M. Nazri sebagai Shahrir
Emma Maembong sebagai Raisya
Seri Aileen sebagai Qalish
Aida Khalida sebagai Puan Rogayah
Wan Sharmila sebagai Azyan
Luqman Hafidz sebagai Yusri
Sweet Qismina sebagai Fathiya
Eleena Sui sebagai Aleeya
Izara Aishah sebagai Kasih
Fahad Iman sebagai Khairul
Haleeda Mazlin sebagai Latifah
Adam Lee sebagai Adam
Syafiq M. Nazri sebagai Shahrir
Sinopsis Sayang Papa Saya Tak?
Mengisahkan Raisya, gadis muda yang spontan, selamba dan mata duitan. Raisya yang enggan menyambung pelajaran, nekad melarikan diri dari rumah anak yatim yang dihuni dan mula bekerja sebagai pengasuh bayi di rumah keluarga Farish. Pengalaman dibesarkan di Rumah Asuhan Budi menjadikannya cekap dalam menguruskan Qalish, anak Farish yang dijaganya.
Kecekapan dan keikhlasan Raisya menjaga Qalish menyentuh hati tua ibu Farish, puan Rogayah lantas diaturkan supaya Farish mengahwini Raisya. Farish yang murung sejak kematian bekas isterinya Kasih, telah didesak oleh ibunya untuk mengahwini Raisya demi masa depan Qalish. Raisya pula bersetuju berkahwin dengan imbuhan RM100,000. Dicap sebagai mata duitan oleh suami sendiri tidak berbekas di hati Raisya kerana yang lebih penting adalah sumbangannya kepada Rumah Asuhan Budi.
Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri.
Namun emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih.

Gambar Pelakon
Poster Sayang Papa Saya Tak?
|
Post a Comment